Cloth Diaper
Apa itu Cloth Diaper?
- Cloth diaper (lampin kain) (CD) merupakan kaedah alternatif penggunaan lampin yang ternyata selamat, mudah dan sangat praktikal. Yang pastinya , ia juga selamat untuk alam sekitar dimana ianya dapat mengurangkan pencemaran daripada lampin pakai buang (disposable diaper-DD) yang mengambil masa beratus-ratus tahun untuk lupus. waa.. ayat cam pegawai alam sekitar..
- Melalui penggunaan CD ini juga, kita dapat memberikan sumbangan kecil terhadap pemeliharaan alam sekitar. Bayangkan jika kita sanggup berubah hari ini kepada penggunaan CD, sekaligus kita dapat membantu pembuangan sisa DD yang macam nasi lemak bungkus tu setiap hari.
- DD bukan sahaja membuatkan bayi terdedah kepada ammonia dan bakteria tambahan tetapi juga lebih berkemungkinan untuk mendatangkan ruam lampin.
- Kita tidak tahu apakah kesan bahan kimia yang digunakan pada DD untuk jangka masa panjang. Yang kita tahu hanyalah DD mengandungi super absorbent polymers, petroleum based ingredients (seperti plastik) dan bahan-bahan kimia lain yang digunakan dalam industri pembuatan.
Ciri-ciri Cloth Diaper
- Water proof / Kalis air – Bahagian luar diperbuat daripada breathable polyurethane laminated outer poly knit yang akan menyerap kebasahan. Bahan ini tebalnya adalah 0.025mm, berbanding dengan jenama lain yang mempunyai 0.012mm, ini dapat memberikan lebih perlindungan kepada bayi.
- Inner Fleece – Bahagian dalam yang diperbuat daripada lapisan lembut polyester micro fleece yang memastikan punggung bayi berada dalam keadaan kering dan mudah dibersihkan. Ia menyentuh kulit bayi dengan lembut. Lapisan ini menarik lembapan dan menyerap kebasahan untuk memastikan bayi anda kering, selesa dan tiada ruam.
- Pocket Opening – Ruang untuk memasukkan insert/soaker
- Insert / Soaker – Berfungsi menyerap basahan dari bayi anda. Sehelai boleh bertahan 3-4 jam.
CD vs DD
Perbezaan Harga CD dan DD
Cadangan Penggunaan CD Sehari
(sesuai untuk bayi berusia 2 bulan ke atas)
Cara Membasuh CD
- Prewash 2-3 kali sebelum guna tanpa menggunakan sabun. (Ini adalah untuk menambah baik penyerapan fabrik)
- Semburkan air ke atas inner yang terkena najis dan buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau. Warna kuning masih ada?? Jangan risau, serahkan tugas tu kepada Encik Mesin Basuh.
- Masukkan CD ke dalam baldi untuk sesi basuhan.
- Semasa sesi basuhan, masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh, boleh aje guna sabun paling murah di pasaran, takde masalah punye.. Kalau takut CD cepat rosak, gunakan laundry net ye.
- Sesi yang seterusnya adalah sesi yang paling digemari oleh para suami.. Menjemur CD.
- Lepas dah kering, angkat dan masukkan insert ke dalam pocket pant semasa sesi melipat kain baju.. Bila dah masukkan awal2, senang bila nak pakai nanti.










