Hariz @ 7th Months – Sooooo Active!!
Posted on 27. Dec, 2009 by alshoppe in Diari Anak
Alhamdulillah, kesihatan Hariz bertambah baik. Yelah, dijaga oleh kedua-dua opah, mestilah sihat.
Perkembangan dia setakat ni, huh.. sangat2 aktif.. kalau berjaga tu, memang tak duk diam, kejap duduk kejap berdiri.. pastu berjalan sambil meniti kat dalam baby cot dia, sebab tu la kami dah mula dudukkan dia dalam walker. Alhamdulillah juga kerana dia dah mula belajar bertatih..
Hariz masih lagi checkup di Hospital Selayang for his eczema.
Emm.. masa ni ayah tengah main xbox.. mama plak tengah buat research.. hariz plak study.. pastu ngantuk terus tertido.. cian dia..
Setiap saat, setiap minit, setiap jam, setiap hari sampai bila2, mama dan ayah mendoakan kesejahteraan Hariz dunia akhirat. Semoga Hariz dan anak2 kepada keluarga dan rakan2 kami yg lain sentiasa dilindungi Allah dan menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. yang terbaik di muka bumi ini. InsyaAllah.
Oh ye, buat Puan Mardhiah Hayati (a.k.a Along), tahniah di atas kelahiran Kimi yang sudi menjadi team Baby Boyz 2009 bersama Akim & Uncle Adib. Semoga anak2 ini menjadi anak yg soleh.. Nanti boleh gilir2 jadi imam solat jemaah ye. Amin…













