Tips Untuk Para Bapa – Cuci Cloth Diapers
Posted on 06. Oct, 2009 by alshoppe in Tip

Hi, ini sedikit info tentang cara-cara nak basuh cloth diapers (CD). Maklumlah, banyak juga komen-komen ibu-ibu yang selalu beri alasan “suami akak tak membantu sangat“, “suami akak tak berapa support” dan ada juga ibu-ibu yang memberi alasan “akak malas nak guna sebab nak kena basuh, macam zaman dululah“. Alahai mungkin akak tu dah kaya kot.. Tapi bayangkan mereka yang ada ramai anak kecil/kembar ke yang baru keluar tu..jika anda semua bijak, duit yang dibelanjakan untuk beli disposable diaper/lampin pakai buang (DD) tu sebenarnya boleh dijimatkan. Sekurang-kurangnya boleh guna untuk simpanan, bayar pinjaman kereta tiap-tiap bulan, bayar pinjaman rumah.. Napa tak caya??? cuba kira penggunaan DD setiap bulan?? darab lagi setahun & darab lagi sampai peringkat umurnya nak pakai DD..
Jadi tips ni sebenarye bukan sahaja sesuai untuk bapa-bapa, malah untuk mama-mama. Saya ada bertanya juga pada suami saya tak kisah ke tolong saya cucikan CD ni. Jawab suami, “Apalah sangat benda-benda ni, kalu nak dibandingkan dengan awak yang tolong kandungkan anak sampai 9 bulan..” (terharunya dengar.. sejuk perut ni) sambung en suami lagi “kalu sekarang saya geli nak basuhkan poo poo Hariz ni, macamana pulak bila kita dah tua nanti?? dorang sanggup ke?? balasan tuhan yang baik & buruk kita tak tau kan??“. Alamak dah ke situ pulak dia, tapi ada logik jugakan cam pusingan karma.
Ok, mari kita tengok en. suami ku membasuh CD.. mula-mula dia duk la tergelak-gelak jugak tapi lama-lama tu, dia sendiri yang kata “sangat praktikal“.

Kebiasaannya anak akan menangis jika CD penuh dengan kencing/najis. Perkara ni sama je dengan penggunaan DD. Suami saya selalunya akan tolong tukar CD dalam tempoh 2-3 Jam sekali, memandangkan anak akan mula menunjukkan reaksi tidak selesa seperti menangis, berguling-guling. Suami akan check bahagian depan dengan menekan sedikit (jika rasa cam penuh maknanya kencing dah banyak). Dan check bahagian belakang untuk lihat ada najis atau tidak (buka sedikit sahaja sudah cukup).

Apabila CD telah dibuka, kita boleh lihat betul-betul ada najis atau tidak. Jika tiada najis, suami akan menyentuh dengan tangan pada bahagian dalam untuk merasa basah atau tidak.

Selepas insert dibersihkan, kita akan cuci pocket pant, kaedahnya juga sama seperti mencuci insert.

Gambar di atas tersebut hanya menunjukkan cara cuci CD yang dipenuhi kencing sahaja. Jadi nak rasa geli tu mungkin tiada. Tapi jika ada bapa/ibu yang geli juga, saya pun tak tau nak cakap apa. Cuma yang menjadi cabaran kepada suami saya bila hendak mencuci CD yang ada poo poo (tahi) anak. So suami saya memperkenalkan satu kaedah yang mungkin membantu anda semua mengatasi masalah tersebut.

Dah selesai, mungkin agak kelakar kaedah tersebut, tetapi percayalah ianya sebenarnya praktikal. Anda juga boleh cuba kaedah tersebut. Maklumkan kepada suami anda ya, InsyaAllah mereka juga boleh membantu.










farhana (Cloth Diaper Malaysia)
Jan 1st, 2010
Comel betul tutorial ni… hehe… Tapi amat mudah difahami. Yer, kalau guna pipe spray macam tu, memang menyenangkan keadaan… Kalau nak sembur terus dalam mangkuk tandas pun boleh (tapi sambil pegang CD lah).
alshoppe
Jan 1st, 2010
Terima kasih Farhana kerana sudi menjenguk blog ni. En suamiku ini memang ada macam2 cara.. dia ni penggeli skit. Tu yg dia guna kaedah letak pemberat. Macam2 orang lelaki ni, ade je idea dia. Kalau saya, memang terus sembur dalam mangkuk tandas, cepat skit kerja..
mama maisarah
Jun 27th, 2010
kalau kita cuci CD guna sabun bby pureen ABD tu boleh x?jarang jumpa jenis pureen HAD tu..
alshoppe
Aug 24th, 2010
Maaf ye lambat reply. Tak ada masalah guna Pureen ABD or HAD.. janji jangan guna pelembut ye cam Downy tu sume la..